Friday, July 27, 2012

Kerja atau Belajar?

Assalamu'alaykum wbt.

*pd teman blogger or anyone else yang singgah pada entry kali ni, sowy kalo entry kali ni menyerabutkan pikiran korang. this is just my views n my crazy opinion about my future life and now also..insyaAllah..*kalo panjang umur..:)

*hujan 'fikiran' mula rintik2*

tetiba serabut tol fikiran aku.

tetiba aku rasa mcm nk terus kerja jee. nak cari pengalaman kerja dan belajar masa kerja!

arghh!! nape tetiba rasa mcm nii. xkan sebab masalah duit nak sambung deg? herm, mybe jgak lah.

sambung ijazah? 

dpt ilmu tp xdpt pengalaman kerja,
hutang bertambah,
duit xde. hanya bergantung pd pinjaman semata. kalo duit pinjaman pun xcukup nak menampung perbelanjaan segala bagai, mintak mak ayah. adoii.menyusahkan org tua lagii.
hutang pinjaman pelajaran menganggu ketenangan hidup!
asek terpikir hutang.sempat ke aku bayar ni...ermm
kalo dpt keje cikai2 yg xmampu utk bayar hutang, meranaaa kot!huwaa..

tp dpt ramai kawan masa belajar.

maybe aku akan aktif koku mcm masa aku blajar dip dlu sbb i love it !! aku suka mengisi masa lapang maupun masa sempit dgn aktiviti koku :P . tp time belajar teori..erghh. erghh. malas bertalu2 datang melanda diri. dan apa yg dibaca xmasuk sangat pun. dan aku mudah pelupa dan cepat xingat apa yg aku baca. kekadang apa yg aku baca dan hafal..bila time exam lain plak yang keluar! dah jadi simpang siur. baca faham ingat. *sekadar pengetahuan dan utk exam !!

then bagi pendapat aku, kalo kerja. kita akan buat ia hari2. dan ia lebih praktikal utk diingati. praktikal dgn teori mmg sgt jauh beza. aku mungkin lebih mudah ingat bila buat perkara tu hari2..tp teori pun penting jgak...dan aku xnafikan..bila revision balik topik2 dan subjek2 yang dah belajar masa diploma dulu...utk interview ni nanti, aku terbayang2 balik apa yg lecturer bincangkan, tekankan..perbincangan..but not overall lorh. just certain..but i'm still feel gratefull cz i remember it! :D *muka bahagia* argh..(walaupun xtaw interview nanti tanya soalan apaa) -rasa seronok nak rasa pengalaman interview secara rasmi dari goverment buat kali pertama ! :D

-walaubagaimana keadaannya (interview) terok maupun baikk aku harus hadapinya...yeaah.paling penting cabaran setelah dapat/xdpt kerja tu. :)

kalo kerja ??

duit dapat,
pengalaman,
pengetahuan scara xrasmi dapat,
kenalan pun dapat,
nak aktif koku (dlm erti kata aktiviti sukan lasak/aktiviti rekreasi santai/silat/usrah/seminar & kursus in anything) pun dpaatt.heee :D insyaAllah ! aminnn. :))

ok ok. kalo leh aku nak sambung belajar lepas da kawin nanti..! argh..ape aku merepek nii.

selagi xkawin selagi tu xnak smbung belajar eh? hahaha!

haha..bengong nye..+_______+ tidaakkkk.!! harap harappnyaa lepas aku kerjaa nnt minat nak belajar lebih dalam lagi tu semestinya adelah ye..hoho n hopefully aku boleh menampung pembelajaran aku di peringkat ijazah tanpa hutang!! aminnnn. INSYAALLAH.

kalo xsambung skrg, taw ke lagi entah2 xdpt sambung belajarr dahh. erkk..ok, dgn ini saya menangguh pengajian sarjana muda saya atau mungkin xsambung (tgk pd keadaan) ATAS sebab ingin mencari pengalaman kerjaaa walau apapun jenis kerjaa itu as long saya belajar dan memberi pengalaman pd saya utk mengenali dunia REALITI MASA KINI!

ok ok.apa2pun, **aku nak g daftar gak kt UMT nnt. :DD hee..insyaAllah...cz i love courses dat their offer to me. then nak apply utk tangguh pengajian dahuluu.:)

sekian, terima kasihhh kerana membaca ! datangg lagi. sebarang komen adalah tidak diperlukan. kalo nak drop jgak, leh buat ulasan di bawah yee...setelah meneliti kebaikan dan keburukan di dalam entry kali ini. kesudian anda jika ingin mengulas adalah sangat dihargai oleh pihak produksi belog hidup garing dan sedap milik salah seorang puteri di dalam hutan belantara misteri ini ! :D

_________________________________________________________________________________

** segala perubahan adalah tertakluk pada pihak pengurusan hidup garing dan sedap oleh tuan punya alam luahan maya dalam mencari dan melakukan yang terbaik tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis/pemberitahuan di belog beliau ini.

wallahua'lam (dan ALLAH lebih mengetahuinya) .  :)

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Assalamu'alaykum semua :)

"Wishing You A Blessed Ramadhan Wherever You Are!" :D

Alhamdulillah. masih diberi rezeki, umur dan peluang lagi untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia pada tahun ni..quote di atas tu adelah msj drpd celcom! heheh..happynyaa aku dpt msj berlagu drpd celcom sempena ramadhan ni ! terharu btul! hoho...:P

ok, quote atas ni aku nak tujukan juga pd semua teman blogger aku n pelawat yang menyinggah di blogku ini :) tp sowy xde lagu mcm celcom bagi kat aku..(nak lagu dgr lah lagu kt blog aku ni eh..:P) haha semoga amal kebaikan yang dilakukan pd bulan ramadhan ni diberkati Allah..moga Allah berkati umur, amalan, rezeki dan hidup kita..amin ya rabbal'alaminn.

doakan aku berjaya wat terbaik dlm interview aku eh, 31 julai 2012, Selasa nanti. insyaAllah..:) jika pekerjaan tu baik utk aku, masa depanku, agama dunia dan akhiratku..moga Allah mudahkan ia bagiku...jika tidak/belum masanya lagi..moga Allah jauhkan ia drpdku utk mdapat pekerjaan tu...aminn.

dats all. thanks for reading! mohon doa kalian, jazakumullah khairan ;)

Thursday, July 19, 2012

Terengganu :)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La haw la wala quwwata illa billahil' aliyyil 'azim..

Terengganu Darul Iman.

pabila mendengar namanya sudah membuatku jatuh hati. terengganu darul iman. :) iman? herm, pasti penduduknya juga beriman..tekaku. ;) hik3..insyaAllah..aminn.


***

sejak kecil lagi aku sering ke kuala terengganu ke rumah nenek sdaraku. selalu pd waktu cuti sekolah lah. sama ada rela atau terpaksa, aku sering dibawa ke sana bersama adik aku.hehe mula2 pergi menangis2 sbb mak abah sume xikut. tp bila dah sampai sana, lupa terus kt dorg.hoho :P kt sana, rumah nenek sdara - kalo ikut pangkat nama. tp kitaorang xpanggil nenek pun sbb neneknyaa muda dong,hehe jadi panggil mak saba dan pakman je lah. tp kalo ikut keturunan, lahir dari mana dan mana sepatutnya panggil tok saba dan tok man lah :P tp mcm tua sgt pulak nk panggil tok. sbb nenek dan atok sdara aku ni baya2 mak dan ayah aku je. huhu

pak man dan mak saba mempunyai 2 orang anak. nama diberi abdul latif dan latifah :) panggil abang latip dan kak tipah. abang latip tua 10 tahun daripada aku. dulu masa kecik2 rapat sgt ngn dia. bila melihat balik gambar2 lama, aku rasa mcm malu plak bila tgk gambar aku sendiri. hoho akrab benor ngn abg latip. tp bila dah besar sket naik darjah 5..baru aku rasa malu dan segan.huhu

pak man dan mak saba juga mempunyai sebuah kilang membuat roti , roti burger, sos cili, sos tomato, roti pizza, roti manis yang diusahakan sendiri oleh tulang empat mereka bersama bantuan keluarga dan pekerja terdekat. jadi, selalu kalo balik terengganu sbab nak makan roti free je.hoho nak tolong pun, masa tu rasanya mmg xlah. tolong menyibuk adalah. tp bila dah besar sket..naik tingkatan, aku pun tolong lah apa yg patut. selalu keje yang aku buat. packing roti lah. huhu banyakk sgt. memang berpeluh2 lah kalo wat. kalo lambat wat, lambat lah siap dan lagi lama lah berdiri. +__+ tp bila semuanya dah siap,ouhh heaven nya rasaa. nikmat betul dpt berehat setelah kepenatan. :D

yang aku paling sukaa dkt kuala terengganu ni bila hari jumaat.

hari jumaat cuti. ada sekali tu aku balik dan esoknya hari jumaat kalo xsilap..mak saba dan pakman bawak aku g dgr ceramah dkt masjid mana tah. aku xigt. tp dekat ngan pantai. mmg best sgt. ramai sangatt orang. penuh masjid tu. kereta2 motor2 berderet2 pada pagi jumaat tu. itu lah kali pertama aku tgk suasana dan keadaan yang mcm tu. rasa seronok sangat. aku terkejut. sbb pada pagi jumaat tu orang ramai berduyun2 pergi masjid xkira laki dan pempuan utk g dgr ceramah agama! subhanallah...since dat, i fall in love wif terengganu. jatuh cinta dgn orang2nya. yang gigih menuntut ilmu agama. hidup sederhana. walaupun miskin tapi nampak bahagia dan kaya jiwa. jiwanya dikayakan dgn ilmu pengetahuan fardhu ain yang satu ini.  :)



abis ceramah mak saba dan pakman jual lah roti . selalunya habis dan laku lah. sbb roti mak saba dan pakman ni sedap dan murah.siyess. aku kalo balik sana mmg boleh hidup lah kalo xmakan nasi. makan roti je pun kenyang. makan roti manis sambil cicah sambal belacan. sdapp sungguh lah weh. hahaha

tp..............

sekarang banyak yang telah berubah. waktu terus berlalu dgn pantas. meninggalkan masa2 lalu ku. pak man dah meninggal masa awal tahun 2010...last aku g terengganu masa cuti sem pd tahun 2009...itu lah last aku jmpa dan mengait kenangan bersama pakman. masa aku dpt tahu berita pemergian beliau pulang pd ilahi..waktu aku tgh dlm bas, g amali luar kot. menangis aku. perasaan ini xtertahan sedihnya. aku di bumi kenyalang. untuk balik pulang ke semenanjung adalah mustahil dan xsempat utk menjenguk beliau. pasti. ditambah dgn bebanan tugas dan jadual kelas yang padat. aku hanya mampu menangis dan meratap rindu pada beliau. beliau insan yang amatku sayang setelah ibubapaku. :'( kenangan bersama beliau sangat banyak. kuala terengganu adalah tempat kenangan kami....terlalu banyak.

yaa, masa lalu adalah perkara yang paling jauhh dari kita. tp hidup ni xselalunya indah kan..yang indah itu tetap hidup dlm kenangan. :') moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan beliau dlm kalangan orang2 yang soleh. aminn ya rabbal'alamin.


Tuesday, July 10, 2012

Manusia

Subhanallah.


" Manusia terbentuk daripada 2 elemen iaitu jasad dan rohJasad berasal daripada tanah sebab itu bilamana sakit ia perlu ubat-ubatan dari tanah, herba, akar kayu atau seumpamanya untuk merawat sakit pada jasad. Manakala roh datang dan berasal daripada tuhannya (Allah), sebab itu bilamana roh itu sakit, menderita dan tidak tenang, kita perlu membawa roh itu kembali dan ingat kepada tuhannya untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan hakiki. " (",)



Monday, July 9, 2012

Hari Ini

Alhamdulillah.

hari ni nak share something yang bermakna.huhu kadang2 kita xsedar yang kita xbersyukur kpd ALLAH dgn apa yg kita ada..mari kita hayati dan fikir-fikirkan bersama... ;)


  1. hari ni sebelum kamu mengatakan kata2 yang tidak baik, FIKIR kanlah tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
  2. sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  3. sebelum kamu mengeluh tak punya apa2, FIKIR kanlah tentang seseorang yang meminta2 di jalanan.
  4. sebelum kamu mengeluh bahawa nasib kamu buruk, FIKIR kanlah tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
  5. sebelum kamu mengeluh tentang pasanganmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang terus memohon kepada ALLAH untuk diberikan pendamping hidup. 
  6. hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  7. sebelum kamu mengeluh tentang anak2mu, FIKIR kanlah tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  8. sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, FIKIR kanlah tentang orang2 yang tinggal di jalanan.
  9. dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, FIKIR kanlah tentang pengangguran, orang2 cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
  10. sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tiada seorangpun yang tidak pernah berdosa. 
  11. dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, ayuh tersenyum dan bersyukurlah kepada ALLAH bahawa kamu masih hidup. :)

Sunday, July 8, 2012

Cinta High Class

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): Bagaimana mencintai secara high class: Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mes...

Cashier Muslim Jual Arak??

Assalamualaykum :)

Alhamdulillah, akhirnya jmpa jawapan bagi persoalan di bawah..moga bermanfaat...sesape ada kawan-kawan yg keje cashier yg kedai dia keje tu ada jual arak, ex: 7 eleven, tesco dll...hrap dpt gtaw dorg...Allah shaja dpt balas budi baik kalian ! jazakumullah khairan kathir...mga rezeki yg kita cari dalam kita bekerja siang dan malam ni lebih diberkati Allah....aminn ya rabbal'alamin..


  1. assalamualaikum ustazah,
    setahu saya, kerja2 yg berkaitan dengan minuman keras(tuang,jual,buat)adalah haram.
    saya ingin bertanya, dahulu saya bekerja di pasaraya yg menjual barang2 keperluan sebagai juruwang. minuman keras juga dijual di sini. jadi, ada pelanggan yang membayar minuman keras di kaunter yang saya jaga. adakah duit gaji saya dikira haram kerana minuman keras itu?
    Reply
  2. waalaikumussalam wbt.
    bekerja di pasaraya harus hukumnya meskipun paaraya itu menjual arak. Namun, terlibat dengan apa jua proses yang berkaitan dengan arak di pasaraya itu adalah haram dan berdosa.

    Hadith Nabi SAW :-

    عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

    "Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

    Cashier termasuk "Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)"

    Dalam hadith lain

    عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

    Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)
    Reply
  3. Jika telah terlanjur terlibat dengan arak sebelum ini maka sucikanlah harta dengan banyakkan bersedekah hingga diberi ketenangan hati.

    Bagi mereka yang ingin berkerja di pasaraya yang menjual arak, pilihlah pasaraya yang mengasingkan kaunter jualan yang haram dan yang halal.

    Atau minta pembeli ke kaunter lain yang cashiernya non Muslim untuk membayar arak. Terang dengan hikmah (gunakan cross-cultural psychology skill), "sebagai Muslim saya tidak boleh terlibat dengan arak. Kita hidup berbilang agama, saling menghormati pendirian, harap tuan dapat memahami."

    sumber : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/09/islam-mempersempitkan-yang-haram-dan.html

Palestin Vs Malaysia ?