Tuesday, December 27, 2011

Perumpamaan

bismillahirrahmanirrahim..

mengapa menjadikan kau ibarat sebatang lilin?

lilin yang membakar dirinya untuk kepentingan orang lain..kutahu ia bahagia dapat berkhidmat untuk paling kurang 1 rumah..cahayanya menerangi gelap malam yang mengasyikkan dengan taburan bintang2 di langit di luar rumah yang sangat banyak xterkira..

tp, mengapa hatiku sedih?

perumpamaan seperti itu buat dadaku sebak menahan tangis pabila itu yang kau tujukan buatku bagi mengganti dirimu..

aku terbayang kau semakin pendek, semakin kugunamu, kau semakin rendah dan akhirnya menjadi xmampu untuk menerangiku lagi pabila ku memerlukanmu..

mengapa tidak perumpamaan kita seperti rimbunan daun pohon yang hijau?

bersama tika susah, bersama tika hujan mencurah, bersama menikmati permandangan indah pelangi yang ceria bersama kicauan burung?

itulah perumpamaan bagi seorang teman dan secara jelas ia menunjukkan kebersamaan mereka tika susah dan senang, sama membesar dan menerima..

jika salah seorang diserang dugaan, mereka tetap tumbuh dengan semangat tunas daun baru....namun mereka akan lemah dan kering pabila terik mentari yang berpanjangan, tika itulah mereka mati dan gugur bersama..indahnya hidup bersama meski hanya mampu sebagai seorang kawan...:')

Thursday, August 18, 2011

Wanita Biasa..

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku...

Thursday, June 16, 2011

FW: Aku driver bas je (full episode)

232255.24.3_o

Kerana tersangat muak ngan study kat universiti, aku ambik keputusan untuk break kejap - study leave. Aku pun x tahu untuk berapa lama.

Pengajian aku masih berbaki setahun. Bukan dah malas belajar. Tapi aku betul-betul nak lari kejap.. Release tension, recharge balik semangat untuk belajar. Result yang semester latest memang teruk tahap gaban, takyah citer ah.. Bila aku bagitau mak aku, dia melenting la ape lagi. Maunye beliau x marah.. Tapi melihatkan aku ni memang dah nekad, mak akhirnya mengalah gak.

Jadi bermula la hidup aku untuk buat sesuatu yang jauh dari study, jauh dari senibina.. Aku balik kampung. Sebenarnya aku nak lalui balik kehidupan masa zaman sekolah dulu.. Tapi ape aku bleh buat??

Mula-mula ingat nak keje kat supermarket, tapi aku ni jenis cepat boring.. Pusing satu supermarket 2 3 kali pun dah rasa boring. Hoho. Nak keje kat pam minyak lak skarang dah tade, sume layan diri. Jadi pelukis jalanan, tak cukup konfiden lagi.. Ishk ishk ishk.

Lepas seminggu blur-blur kat rumah, last-last aku gi mintak keje jadi driver bas SKMK (bas henti-henti). Dulu zaman sekolah, selalu gak la aku balik naik bas.. Aku suka perhatikan pakcik driver, kiranya memang admire la keje driver bas nih. Tengok cam best je. Haha. Tambah-tambah bila tengok orang ucap "tima kasih pakcik.." kat driver tiap kali mereka turun.. Rasanya jadi driver bas ni dihargai gak la..  hehe. Jadi ape salahnya aku try. Hmm..

Tapi susah gak rupanya nak apply. Sebab aku tade pengalaman. Tapi kebetulan syarikat kekurangan driver, diorang kasi gak can aku temuduga. Lepas temuduga, alhamdulillah aku lepas. Pastu aku ambik ujian JPJ, alhamdulillah sekali je terus lepas. Jadik untuk permulaan ni, aku cuma bawak bas yang dah agak lama, dan route yang pendek je, dari Kampung Sabak ke bandar Kota Bharu - bas no. 8. Dalam masa yang sama gak, aku ulangkaji balik buku Matematik Tambahan. Sebab plan nak buat kelas tuisyen persendirian belah malam.. Sekali dua seminggu pun ok gak kalu ade yang berminat. Subjek feveret nih mase sekolah!

Okeh, citer bas balik.. First time bawak bas, mak aih memang jakun & excited sangat! Hahaha. Senyum je manjang.. Hari first la bas aku hilang side mirror, sebab langgar bucu lampu isyarat. Adeh. Penumpang pun agaknye heran tengok aku ni muda-muda dah bawak bas.. Mesti dalam hati diorang cakap, “Siannye budak nih.. mesti ngaji x tinggi, terpakse bawak bas jek.” Ah lantak lah.

Rupanye tak la menyeronokkan sangat bawak bas nih. Kadang-kadang aku terlajak stop skit, pun kene marah ngan penumpang. Kadang-kadang berenti awal sikit pon kene marah.. Biasa golongan makcik-makcik la yang camtu, takleh nak cakap ape la. Nanti dikatakan anak derhaka lak, menjawab orang tua. Hehe. Tadah telinga ajo lah!

Masuk sebulan lebih aku jadik driver, suatu hari tu bas aku rosak. Tiba-tiba mati. Maklum la bas senior.. Penumpang lak penuh! Dah la hujan lebat sangat, Jadi aku tak dapat nak turun tengok enjin kat belakang nu ape yang rosak (macam la reti sangat). Aku just call pejabat je suruh hantar bas ganti.

Dalam bas yang tade aircond tu, lama-kelamaan penumpang mula bising. Merungut-rungut.. Panas la sikit sebab tingkap tutup. Penumpang lak dok borak-borak sesama diorang je.. Kecik ati gak la aku, tade pun orang yang borak ngan aku. Mentang-mentang la driver bas buruk je. Aku pakai pun agak selekeh je. Takpelah.. Aku pun buat-buat la main henset, tulis mesej, padahal…

Tetiba ade sorang budak pompuan tegur, “dah lame ke bawak bas, bang?”. Tekezut punya pasal, terjatuh henset aku. “Err, baru gak la dik..".

........

Aku pandang kat dia, gaya macam orang dah keje.

“Oo.. Kira memang tak pandai la nak repair sendiri bas ni?”, dia tanya lagi.

Perghh! Cantik bahasa. Geram je aku dalam hati. “Kan hujan ni dik, cane saya nak turun tengok? Jangan risau, kejap lagi bas ganti sampai okeh..”, aku cuba jawab ngan nada yang cool. Pastu budak tu terus tak layan aku. Waa sadis tol.

Dalam setengah jam, bas ganti sampai gak. Datang sekali ngan pomen. Hujan pun dah tak lebat sangat. Jadi semua penumpang pun keluar la dari bas aku. Sorang demi sorang.. Tanpa menghiraukan aku. Dalam dok layan feeling, tetiba satu suara sapa aku. “Bang, tima kasih ye..”. Rupanya penumpang yang last. Aku cuma senyum.

Hari-hari yang mendatang, kehidupan aku macam ni la.. Siang bawak bas, malam mengajar tuisyen 2 kali seminggu. Malam selainnya aku ngajar adik-adik mengaji Quran.  Alhamdulillah, adik aku sorang ni form 5 dan ade 3 orang kawan dia berminat belajar ngan aku. Sume pompuan, senang sket sebab adik aku pun pompuan. Nasib baik silibus zaman aku ngan skarang tak banyak beza sangat, cuma dalam BI je. Kadang-kadang tu semput gak nak jawab soalan diorang bagi, lupa jalan penyelesaian. Pastu bagi alasan kat diorang, “err.. memandangkan kelas dah nak tamat, kita bincang soalan ni dalam kelas seterusnya okeh?”. Hahaha.. Ishk, kena buat revision lagi la ni.

Jadi 4 orang ni, gilir-gilir buat kat rumah masing-masing. Kali ni wat rumah kawan yang ni, len kali wat kat rumah kawan dia yang lain lak. Fair la kan?

Satu malam tu, kami buat tuisyen kat rumah kawan adik aku yang nama Nisa. Bukanlah kali pertama buat kat situ, tapi malam itu la aku pertama kali terserempah ngan kakak dia. Sebab dia tolong bawak keluar air minuman untuk kitorang. Nama ape ntah.. Pastu dia tegur aku, "abang (dia panggil aku abang lak - sesuke je) ni yang bawak bas tu kan?" Teet! Sah-sah la aku tak penah ingat dia, sebab kan ade berjuta-juta (tipu) penumpang setiap hari.. Mane la aku perasan.

Melihatkan aku membuat muka blur-blur, dia mula kelihatan serba-salah. Takut tersalah orang kot. Mungkin jugak dia rasa malu sebab selamba je tanya aku camtu. Jadi aku cepat-cepat mengiakan.

"Haah, saya la tu, yang bawak bas.. Tapi maaf la saya memang tak perasan cik, ramai penumpang kan..?" Aku ceritakan perkara yang sebetulnya. Dia membalas dengan anggukan, senyum lalu bingkas masuk ke dapur. Agaknye malu lagi la tuu.. Pastu aku sambung mengajar seperti biasa.

On de way balik rumah, aku terus soal siasat adik aku.

"Teh (nama panggilan adik aku) kenal kakak Nisa tu? Tau nama dia tak?".

"Nisa tu kan member kamceng orang, mesti la kenal kakak dia. Nama dia... kak Husna, kot", adik aku citer.

"Ooo member kamceng Teh ke? Abang ingat member kambing.. haha", aku cuba melawak untuk tutup ke-excited-an aku.. Harap-harap adik aku tak perasan. Hahaha.

"Eeee loyar burok la abang ni.. Nape, suka akak Husna ke?", direct je adik aku tanya..

"Ishkk takde la.. Tapi, si Nisa tu tau ke abang ni driver bas? Teh penah citer kat dia pasal abang?"

"Tak penah citer pun, dia pun tade tanya. Cuma orang cakap abang terer Add Maths dulu, tu je."

"Okeh, good3! Teh jangan citer tau pasal abang, pasal pengajian abang, pasal keje driver bas tu sementara je.."

"Huh? Iyo laa.."

Lebih kurang seminggu lepas tu, aku terserempak lagi ngan si Husna tu. Kali ni dalam bas aku. Barulah aku ingat, dia la yang satu-satunya ucap "bang, time kasih ye" ketika bas rosak tempoh hari.. Ooooo! Kami cuma berbalas senyum je la, nak borak kang keadaan tak mengizinkan. Rasa taknak je ambik duit tambang dia, nak belanja. Tapi nanti kalau penumpang lain nampak, kontroversi lak.

.......

Malam tu aku dapat satu panggilan, suara macam pakcik2 je. Ooo, ayah Nisa rupenye. Dia tanya aku boleh mengaji Quran kan? Alamak, tetiba lak pakcik nih.

Laaaaaa...

Rupanya dia nak minta tolong ajarkan anak dia Nisa tu mengaji ngan aku. Sebab biasanya Nisa pun mengaji kat masjid seminggu sekali. Kalau aku dapat ajar, makin selalu la Nisa mengaji nanti, kata ayahnya. Pertanyaan tadi tu gurauan je katanya. Huishh, ni mesti adik aku yang citer kat si budak Nisa tu. Jadi semenjak tu Nisa pun join la ngan adik-adik aku mengaji Quran malam-malam..

Dah hampir setengah tahun aku dok kat kampung ni.. Keje jadi driver bas, mengajar tuisyen, itu ini.. Alhamdulillah duit simpanan pun makin bertambah. Dapat la tolong abah sket beli keperluan rumah, belanja adik-adik..

"Simpan la duit kamu ni elok-elok.. Nanti nak sambung belajar esok-esok, senang sikit", kata mak bila aku nak hulurkan sedikit duit gaji aku. Huhu. Insyaallah aku simpan elok-elok. Walaupun dalam hati nak sangat beli iPad 2! Hahaha. Lek luu..

Tiba lagi giliran buat tuisyen kat rumah Nisa. Dah lama aku tunggu.. Haha. Dan seperti yang aku harapkan, Husna keluar lagi membawakan minuman. Cuma kali ni dia nampak lain sket, senyum pun biasa-biasa je..

Aishh.. Aku ni dah salah niat nih. Datang sini nak mengajar ke nak tengok dia?? Ya Allah luruskanlah niat aku ini.. Amiin.

Ok la aku ngaku la, first time tengok dia aku da mula sangkut a.k.a. minat. Orangnya sedap mata memandang, sopan je. Pakaian pun terjaga, labuh. Dengar citer belajar pun hebat jugak. Family dia pun baik, mudah mesra.. Ape lagi nak? Tapi tak tau la dia sangkut tak kat aku.. Huhu.

Masa pantas berlalu. Dah agak lama aku tak terserempak ngan Husna kat dalam bas. Tapi kat rumah dia ade je. Mungkin tak terkebetulan kot. Aku lak makin lama makin rapat ngan ayah dia. Oh lupe, aku panggil dia pakcik Hashim. Tak tau la, serasi kot. Minat kitorang pun sama, Formula 1 ngan bola sepak. Cuma minat team lain-lain. Haha. Kadang-kadang dia ajak aku keluar tengok bola skali kat kedai makan. Dia kata kat rumah tak best, sebab tade anak lelaki dewasa. Anak bongsu dia je lelaki. Tu pun baru darjah 4.

Pernah gak dia berseloroh ngan aku, "kau ni dah ade perancangan nak kawin ke? Umor makin bertambah. Muka hensem cani, dah ade calon ke?". Belum sempat aku jawab, dia sambung lagi, "kalau takde, anak pakcik pun ramai.. Ngahaha", katanya dengan muka selamba... Perghh! Terus aku tak terjawab. Aku tahu dia gurau-gurau je pun.

Akhirnya setelah masa berlalu, adik aku, Nisa dan kawan-kawan seangkatan diorang pun dah tak lama nak exam SPM.. Lagi seminggu. Masa tu pun dah tade tuisyen, sebab elok diorang praktis sendiri. Itu pun aku cakap banyakkan rehat, tak payah lagi praktis banyak-banyak.

Jadi, tugas aku sebagai cikgu tuisyen pun kira selesai lah. Cuma bawak bas ngan ngajar mengaji Quran je skarang. Aku plan sampai awal tahun depan je, sebab nak sambung balik tahun akhir aku kat UTM. Tapi sebelum tu, ada 2 perkara lagi tak setel....

Satu petang yang dingin beserta angin sepoi-sepoi bahase (ayat novel), aku memberanikan diri mengajak pakcik Hashim keluar lepak-lepak. Dia kata lepak je kat rumah dia, senang.. Tapi aku lak yang segan. So aku ajak jugak dia keluar. Padahal aku nak tanya dia pasal Husna! Ngeh3...

"Hahahaha.. Kau suka kat Husna ke? Pakcik ingat yang sorang lagi..", jawab pakcik Hashim setelah aku berterus-terang.

"Aik, sorang lagi yang mane? Takkan si Nisa kot? Budak lagi tu", bisik hati aku..

"Alhamdulillah, pakcik pun memang berkenan pun ngan kau ni. Cuma iye la, kami ni pihak perempuan, segan nak bertanya dulu. InsyaAllah, nantii pakcik tanyakan pada Husna. Pakcik rasa dia pun takkan menolak..", kata pakcik lagi yang memberikan 1001 harapan pada aku. Kemudian dia citer la serba sikit pasal Husna - kat mana blajar, dan bla bla bla lagi..

Dalam hati takyah citer ar, hepi giler. Rasa nak peluk je pakcik Hashim kuat-kuat! Sempoi la pakcik. Jauh di sudut hati, aku syukur sangat pakcik Hashim sudi terima aku, walaupun sorang driver bas henti-henti je. Skarang tunggu jawapan daripada Husna je!

Aku bagitau, kalau Husna setuju, aku nak minta mak ayah aku datang merisik dan bertunang hujung tahun ni.. 3 hari lepas tu, akhirnya keluar jugak keputusan daripada Husna.

............

Dan jawapannya adalah.. MENOLAK!!

Aku masih ingat, tarikh hari tu 11 November.. Suatu tamparan yang sangat hebat pada aku. Tipulah kalau aku kata, dulu aku yakin 100% Husna akan terima aku. Tapi aku sangat-sangat berharap dia akan terima... Arghh!!

Dan yang lebih memeritkan, alasan yang Husna beri adalah - kerana aku cuma driver bas je! Ayah dia pun tak menyangka akan keputusan Husna ngan alasannya itu. Tapi dia tak mahu memaksa. Jadi dengan berat hatinya semua ini disampaikan sendiri oleh pakcik Hashim kepada aku.

"Janganlah kecewa sangat nak, insyaAllah ada yang lebih layak menanti kamu.."

Fuhhh...

2 minggu lepas kejadian tu, pakcik Hashim ajak keluar lepak-lepak kedai makan. Sambil tengok Arsenal lawan ngan Birmingham City. Nasib baik Arsenal menang malam tu, hepi sikit aku rase. Pastu on da way balik, kami borak-borak la. Ni naik kete abah aku, pastu gi ambik pakcik kat rumah dia tadi. Nak kene hantar balik la ni..

"Cane sekarang, sedih lagi ke? frust lagi? Hahaha..", selambe je dia tanya. Pastu gelak-gelak lak. Padahal yang pompuan tu anak dia sendiri, malu la aku. Adeh.

"Ishk pakcik ni, mane x sedih.. Sedih giler, frust sampai dah x lalu makan ni. Tadi pun saye order roti kosong je. Tengok, kan saye dah kurus skarang!". Aku saje je jawab camtu, nak tengok respon dia. Muka nampak terkejut tu. Haha..

"Banyak la kau punya kurus. Memang dah lame kurus pon! Jangan nak salahkan anak aku lak!", dia balas balik. Pastu kitorang gelak besar.. Haha, sempoi la pakcik ni. Kan best kalu dia ada lagi sorang anak pompuan, still bleh jadi papa mertua aku.. bisik aku dalam hati. Hoho.

Dia sambung balik, "Ala, takpe la.. Bukan jodoh korang la tu. Tapi bleh pakcik tanya satu benda?"

"Ape pakcik?"

"Betul ke kau ni nak keje driver bas sampai bila-bila? Aku tengok gaya kau cam orang berpelajaran tinggi. Nampak selekeh sket ni pun sebab tak pandai bergaya je..", sempat lagi perli aku. Tapi pertanyaan pakcik Hashim tu membuatkan aku kaget, terkejut.. Tak sangka dia akan tanya cani.

"Baik kau citer je direct kat pakcik, takyah nak buat muka pelik!", alamak dia tahu taktik aku. Macam bleh baca je aku cam nak mengelak. Hoho. Ye la.. Mata orang tua takleh tipu.

"Hahaha, pakcik ni.. Saya dulu belajar biasa-biasa je. Tapi tanak ar citer, bukan citer menarik pun", aku cuba play safe.. Hoho. Pastu aku buat-buka muka tensen.., terus pakcik Hashim dah tak tanye lagi. (Yes!! taktik menjadi)

"Esok malam datang rumah pakcik okeh, ade hal sket..", tetiba pakcik Hashim pesan sebelum dia turun dari kete. Tak sempat aku tanya dia terus masuk rumah. Psycho tol la pakcik nih. Pasal ape ntah..

Dipendekkan citer, malam esoknya aku gi la rumah dia. Aku bawak adik aku Teh skali, teman.. Malu dowh pegi sorang.

"Betul ke yang kau jumpa dalam bas tu Husna? Yang kau suka tu Husna? Tak silap orang?", tetiba dia tanya ngan muka seyes. Aku ingat bab ni dah setel, rupanya ade lagi. Pertanyaan pakcik ni buat aku rase lain macam sangat.

"Ape maksud pakcik?", aku tanya balik.

"Skarang anak-anak pakcik tade kat rumah. Nisa pun ade dalam bilik, jadi biarlah pakcik terus-terang je.. Pakcik ngan makcik senarnya ade 4 orang anak.. Yang bongsu lelaki, dan yang lain sume pompuan dan comel-comel (sempat lagi); Ayatun Nisa', Ayatul Izzah dan yang sulung Ayatul Husna. Izzah dan Husna adalah kembar, seiras!"

"Husna baru je abis buat Degree kat UiTM. Izzah lak ngaji doktor kat Ireland nuu (dangan wajah bangga). Ade lagi setahun stengah nak abis. Yang kau jumpa dalam bas dulu, yang bawak keluar air minuman dulu, itulah si Izzah. Kebetulan dia balik cuti sem masa tu. Dia yang citer kat pakcik. Dan pakcik rasa kau tak penah pun jumpa Husna. Tapi cane ntah nama Husna yang kau sebut.. Kesian Izzah.. Haha. Ni mesti dapat maklumat dari sumber yang meragukan nih. Hohoho.. Husna pun ade slow talk ngan pakcik, makcik.. Dia kata senarnya dia dah ade pilihan sendiri, itu yang dia reject kau dulu."

"So cane, kau nak Izzah ke Husna lagi", pakcik Hashim akhiri ceramah dia ngan pertanyaan yang buat aku rase nak lari balik je. Dah la aku pening lagi ngan penjelasan dia.. Ade kembaq rupenye.

Pakcik Hashim sambung lagi, "Cani la, pakcik kan penah cakap dulu, pakcik memang suke ngan kau ni. Jadi sebelum Izzah nak balik Ireland ni, pakcik ade tanya dia - kalau kami nak jodohkan dia ngan kau, nak ke tak? Tak kisah ke budak selekeh je, driver bas je?, bla bla bla sume pakcik tanya.. Pastu Izzah cuma jawab;

"Kalau abah dan ibu suka, Izzah follow jer. Yang paling penting adalah agama dia.. Kaya dan berpangkat belum tentu hidup bahagia.., kan?"

...........

Owh.. Hatiku kembali berbunge-bunge. Wink2~ Misi tercapai! Dapat doktor gitu..

Dipendekkan citer, kami dan keluarga masing-masing setuju untuk mengikat tali pertunangan awal tahun nanti. Dan kawin insyaAllah lepas dia graduate (dan aku pun graduate skali lah). Haah, aku belum lagi bagitahu family diorang yang aku pun akan sambung pengajian awal tahun depan.. Lek luu~

Baru tunang je pun, nak uji dulu kesetiaan dia. Mane tau tengah-tengah jalan nanti hati dia berubah dan tanak kawin ngan driver bas.. (Hep!! jangan la doakan..) Tapi memang takkan kawin ngan driver bas pun.

Brrr..

3 minggu selepas pertunangan, Izzah kembali ke Ireland. Itu la last kami jumpa. Jumpa je la, berkata-kata sepatah pun tak. Sebab tade keperluan kot. Aku sendiri pun dah sambung pengajian masa tu. Tapi sebelum tu, aku dah citer hal yang sebenarnya kat pakcik Hashim - pasal pengajian aku.

Tanpa berselindung, aku pun citer la kat pakcik Hashim - aku ni student UTM, amik senibina, skarang study leave, ade lagi setahun, ni dah nak sambung balik, bla bla bla.. blur blur blur... Sampai sepatah pun dia tak menyampuk, excited bebenor!

Bila habis aku story, dia tanya nape tak bagitahu Husna masa merisik dulu? Aku pun citer, memang tanak bagitahu pun sebab aku tanak dia pilih aku bersandarkan ape yang belum pasti (Degree), tapi biarlah sebab ape yang aku ade mase tu. Lagi pun teruk sangat ke kerja driver bas? Biarlah tak sebesar gaji engineer ke, cikgu ke, tapi tetap keje dalam aircond! Bas aku dah ade aircond skang.. Haha.

Aku memang nak uji Husna pun. Kalau dia sudi terima aku dalam keadaan aku seorang driver bas, pastu dengan agak selekehnye, maksudnya dia memang ikhlas. Kalau dia terima sebab aku bakal seorang arkitek, tapi ditakdirkan jatuh susah di kemudian hari, adakah dia sanggup bersama aku masa tu?? Ce jawab, ce jawab, ce jawab..

Tapi alhamdulillah Allah berikan pada aku yang lebih baik - Izzah, yang sudi menerima aku seadanya. Cuma aku minta pakcik Hashim jangan bagitahu kat Izzah lagi benda ni. Biar dia ingat aku masih bawak bas.

Penah jugak aku hantar emel kat Izzah. Tapi langsung tak berbalas. Facebook pun aku tak sure ade ke tak. Lepas 2 bulan aku dah geram apsal la minah ni poyo sangat. Aku tanye kabar je pun. Ke dia memang tak suka kat aku? Akhirnya suatu hari dia balas, tu pun lepas 4 kali aku hantar emel! Yang last tu memang tulisan aku emo gile. Tensen. Tapi tulisan dia tu membuatkan aku sedar diri dan rasa bersalah sangat.

Nak tahu dia tulis ape? Ni aku dedahkan;

Waalaikumussalam w.b.t. untuk salam-salam awak selama ini.

Maafkan saya kerana mendiamkan diri
Menyepi dari membalas surat yang diberi
Bukan kerana ada perasaan benci
Jauh sekali kesal dengan ikatan pertunangan ini

Telah lama saya yakinkan diri
Bahawa awaklah bakal suami
Bukan sebarangan orang tapi hebat sekali
Apatah lagi ibubapa pun telah merestui

Namun sebelum kita punyai ikatan hakiki
Eloklah rasanya kita menjaga diri
Dijauhkan dari berhubung semahu hati
Bimbang kerana syaitan sentiasa menanti-nanti

Menjerat hati kita yang mudah lalai
Membuat kita rasa indah sekali
Bila dapat meluahkan isi hati
Walaupun belum bergelar suami isteri

Tak perlulah bertanya setiap hari
Sihatkah atau tidak saya di sini
Jika tiada keperluan yang penting lagi
Biarlah dulu kita dengan kehidupan sendiri

Wassalamualaikum.

Teettt!!! Malu giler rasa.. Hohoho. Tapi aku faham apa yang dia maksudkan. Dan aku lega dengan pendiriannya. Alhamdulillah. Lepas tu aku da tak balas lagi. Sebab memang tade keperluan yang penting pun. Lepas hari tu, aku dengan kehidupan aku, dia ngan kehidupan dia. Cuma kekadang contact la ayah dia tanya kabor..

Namun, kita hanya merancang tapi semuanya ditangan Tuhan. Sebulan sebelum Izzah bakal menamatkan pengajiannya, aku mendapat berita dia terlibat dalam kemalangan jalan raya! Pakcik Hashim yang hubungi aku. Tapi masa tu belum tahu sejauh mana keadaan Izzah. Kemudian banyak kali aku call pakcik Hashim semula tapi tak dapat. Jadi aku terus balik ke kampung berjumpa family mereka.

Alangkah menangis hati aku bila mereka mengesahkan Izzah telah meninggal dunia akibat kemalangan itu. Ya Allah, waktu itu aku rasa lemah sangat. Tapi apalah sangat kesedihan aku jika nak dibandingkan dengan pakcik Hashim sekeluarga. Sebelum ini aku sangat meyakini bahawa jodoh itu memang milik kami berdua. Kami akan tetap disatukan, tiada apa yang akan menghalang. Tak pernah terlepas untuk aku berdoa selepas solat agar kami dipelihara dan akan selamat diijab-kabulkan. Namun rupanya bukan itu jalan yang Allah sediakan buat kami.

Aku redha, tapi bukan sekejap waktu aku perlu untuk menerima semua ini seikhlasnya. aku selalu terbayangkan Izzah yang sangat terjaga agamanya, pakaiannya, tutur katanya, patuhnya dia kepada ibubapa, cantik - siapalah yang mampu mengganti..

.......

Jenazah Izzah telah selamat dikebumikan di sana, menurut pakcik Hashim. Kebetulan urusan di sana dipermudah kerana Izzah punya banyak kenalan orang tempatan. Lagipun jika dibawa pulang ke Malaysia, akan memakan masa yang agak lama. Sedangkan jenazah sebaiknya dikebumikan secepat mungkin.

Hari-hari aku selepas itu juga berubah. Ketika itu aku dah pun tamat pengajian dan telah bekerja. Jadi aku bercuti agak lama untuk berada di kampung dan selalu menziarahi keluarga pakcik Hashim. Hanya itu yang mampu aku buat untuk memberikan semangat pada mereka. Seisi keluarga terutama Husna sangat terkesan dengan pemergian Izzah, apatah lagi pusaranya pun tiada di sini sebagai pengubat rindu. Kehilangan adik kembarnya sangat mengejutkan dia. Kami semua hanya mampu berdoa selalu agar roh arwah Izzah aman di dunia sana. Aku?

Aku rasa terkilan sangat, kerana kami tak pernah berhubungan. Tapi mungkin itulah yang terbaik untuk kami. Aku masih ingat, hanya 2 kali arwah tersenyum pada aku - ketika pertama kali berjumpa dalam bas, dan ketika dia menghidangkan minuman sewaktu aku mengajar tuisyen di rumahnya.

Ketika hari pertunangan pun, dia hanya menundukkan pandangan, langsung malu untuk bertentangan mata dengan aku. Begitu juga sewaktu menghantarnya 'kali terakhir' di lapangan terbang dulu.. Tiada senyuman, sekadar merenung kepadaku. Tapi, raut wajahnya tetap jelas dalam ingatan aku.

Aku sendiri tak sangka, yang aku tersangat memikirkan arwah. Hinggakan.. Aku menulis surat dan hantar ke emel dia! - walaupun aku tahu tiada siapa yang akan membuka, atau membacanya..

Buatmu.. Ayatul Izzah binti Mat Hashim,

Maafkan aku kerana tetap menulis perasaaku
Walaupun dulu kau pernah menegahku
Walaupun ku tahu kau takkan membacanya
Tapi aku sudah buntu mahu meluahkan pada siapa

Maafkan aku tetap memikirkanmu
Walaupun kau telah pergi jauh dariku
Walaupun sudah tiada lagi jodoh kita berdua
Tapi aku sudah buntu untuk melupakanmu

Maafkan aku tetap menyintaimu
Walaupun kita tak pernah bercinta dulu
Walaupun pertemuan kita cuma sekali dua
Tapi aku sudah buntu untuk membuang perasaan itu

Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia
Tapi aku sudah buntu untuk menyintai wanita selainmu..

Salam sayang, dan kita tetapkan bersatu.

Tak lama selepas itu, keadaan menjadi semakin pulih. Aku pun dah kembali bertugas. Keluarga pakcik Hashim pun semakin baik keadaannya. Sejak peristiwa itu sampai sekarang, hal perkahwinan aku dan arwah Izzah langsung tak disentuh. Mungkin pakcik Hashim tahu yang aku memang mengerti dan tade ape yang boleh mengubah takdir.

Hampir setahun berlalu.. Aku kini gemar berfacebook, seperti orang lain gak kot. Aku banyak meluahkan isi hati aku kat sana. Tulisan aku seolah-olah tersangat 'down' dengan apa yang menimpa. Yang membuatkan hati aku sedikit gembira, ada sorang friend yang sangatlah suka memberi motivasi pada aku. Dia selalu ingatkan, musibah yang kita lalui mungkin jauh lebih kecil berbanding orang lain. Menurutnya, dia sendiri pun diuji dengan kedua-dua kakinya lumpuh. Mujurlah dia punya sahabat-sahabat yang selalu membantu dan memberikan sokongan.

Antara yang dia penah tulis, "selalulah berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan ditunjukkan hikmah atas apa yang terjadi. Orang yang bersabar pasti akan menerima ganjaran yang setimpal oleh Allah.."

Suatu hari ketika aku balik kampung bercuti, aku singgah jap ke rumah pakcik Hashim. Dalam borak-borak kosong tiba-tiba dia tanya pasal arwah. Sebak gak la aku rasa.

"Kau dah ade pengganti Izzah?", tanya dia.

"Ntah la pakcik, tak terfikir pun.. Saya rasa takde orang boleh ganti dia", aku jawab dengan nada yang lemah.

"Kalau Husna?", pakcik Hashim tanya lagi.

"Hah! Husna? Bukan dia dah ada pilihan dia sendiri ke pakcik?", aku masih terkejut dengan pertanyaan tu.

Sambung pakcik, "Itu dulu.. Tapi dia bagitahu pakcik, dia sayu, kagum melihat kesetiaan kau pada arwah Izzah. Kau tetap macam dulu, seolah-olah kau sedang tunggu dia pulang semula. Tapi itukan tak mungkin berlaku.. Mungkin Husna dan Izzah tu 2 orang yang berbeza. Tapi mereka adik beradik kembar, wajah mereka seiras. Kalau Husna dapat menggantikan tempat Izzah di hati kau, dia sanggup!"

Urgh..

...............

Aku terdiam mendengar kata-kata pakcik Hashim. Tak tahu cane nak terangkan kat dia.. Yup, Izzah dan Husna memang kembar, seiras giler. Aku pun tak tahu kat mana beza diorang. Pakaian pun sama pesen. Mungkin itu la hasil didikan ayah diorang. Yang lain aku tak sure la. Percakapan ke, perangai ke.. Aku tak tahu. Ketika pernah bersemuka ngan kedua-duanya sewaktu hari pertunangan kami lebih 2 tahun lepas pun, memang tade beza. Cuma hari tu Izzah pakai grand sikit sebab dia yang nak tunang mase tu.. Huhu. Kalau family diorang kata yang ni Izzah, yang tu Husna, aku memang terima bulat-bulat je.

Tapi, bukan paras rupa yang menjadi sebab aku sukakan Izzah. Walaupun ade orang lain yang seiras dia, mereka tetap bukan Izzah!

"Pakcik, mereka bukan orang yang sama. Izzah tetap Izzah. Saya sendiri tak tahu cane nak terangkan, nape saya suka dia. Tapi bukan semata-mata kerana rupa dia. Walaupun mungkin dia tak secantik dia dan Husna skarang pun, saya tetap akan cintakan dia..

Saya tak tahu pakcik, tapi saya seperti dapat rasakan yang Izzah masih ada.. Dan saya takkan cari pengganti dia...", ringkas aku terangkan pada pakcik Hashim.

"Hahaha.. Kau cakap macam orang dah tak siuman! Kan dia dah tak ade.. Jangan siksa hidup kau macam ni sekali", kata pakcik Hashim sambil tersenyum kelat, dan raut wajahnya tampak agak kecewa.

Dia sambung lagi, "Tak ape la nak, pakcik tak halang. Bukan hak pakcik pun. Cuma pakcik kesian, Husna pun, tengok kau macam ni.. Menanti bunga yang dah lama mati!".

Rupanya Husna ada disebalik langsir dapur rumah. Aku terpandang dia. Kelihatan matanya kemerahan, namun cepat-cepat dia masuk semula ke dapur. Mungkin dia kecewa mendengar apa yang aku katakan tadi. Maafkan aku Husna.. Aku rasa tak mampu untuk menyintai orang lain, selain adik kau Izzah. Dan aku pun tak mahu kau cintakan aku atas dasar simpati, bukan ikhlas dari hati.

Takdir yang menentukan, pertemuan aku dan kalian berdua. Takdir jua yang menentukan, tiada jodoh aku dan antara kalian. Tapi walau cuma seketika pertemuan aku dengan arwah Izzah, bagiku sungguh bermakna!

Malam-malam aku kat kampung, aku akan online lagi.. Aku pun dah lupa, berapa kali aku pernah hantarkan surat kepada emel arwah Izzah. Tapi selepas tu, aku cuma menulis di facebook saja. Lantak la sape yang nak baca. Aku bukannya letak nama betul pun. Yang penting aku dapat luahkan saja apa yang terbuku dalam hati. Bila ntah nak balik JB smula keje..

Tetiba aku dapat satu mesej - daripada Husna. Dia nak jumpa aku! Uish, tak penah-penah pun sebelum ni. Mungkin dia nak dengar sendiri ape yang aku penah cakapkan tempoh hari, tentang keputusan aku. Boleh je kalau nak jumpa. Aku setuju.. Cuma jauh dalam hati, aku tetap bimbang bila nanti bertentang wajah dengannya. Maklum la, dia tetap seiras arwah Izzah. Wajah itu pasti akan membuat aku jadi sayu.. "Ala, aku lelaki kot!! Sorok je la perasaan tu, buat muka biasa-biasa je!", pujuk aku dalam hati.

Keesokannya, kami bertemu. Dia datang bersama adik bongsunya. Mungkin dirasakannya adiknya takkan mengerti apa yang akan kami bincangkan.. Sekadar menemani. Dan memang betul, Husna nakkan kepastian tentang pendirian aku.

"Betul awak nak tunggu Angah (nama panggilan Izzah) sampai bila-bila?", tanya Husna. Pertanyaan yang aku dah agak.

"Em..", jawab aku ringkas.

"Tapi dia kan dah mati!", tiba-tiba Husna kelihatan emo.

"Aku tak rasa dia dah mati..", balas aku.

"Betul ke memang tiada orang mampu ganti Angah? Ape lebihnya Angah??", pertanyaan susulan Husna yang juga sudah aku duga.

"Tak tahu.. Aku tak tahu kenapa aku cintakan dia. Dan tiada orang yang boleh tempat dia!", jawab aku sedikit tegas. Husna sudah pun lama mengalirkan air mata. Tapi aku tak pasti kerana apa. Serba salah lak aku jadinya.

"Kalau pun Angah masih hidup, tapi dia cacat, dah tak cantik, awak masih nakkan dia??", tiba-tiba Husna bertanya lagi.

Namun kali ni aku tak mampu untuk terus menjawab. Soalan itu benar-benar buat aku tersentak. Rasa marah pun ada. Kenapa Husna sanggup tanya sampai camtu sekali? Nafas aku cuba kawal sementelah ia tiba-tiba menjadi pantas. Lidah aku kelu untuk berkata-kata. Bukan masih tiada jawapan, tapi aku betul-betul tak sangka pertanyaan itu akan keluar dari mulut Husna.

"Kenapa kau tanya camtu??", aku tanya balik dengan berbaur agak marah.

"Jawab je la! Kenapa tak jawab?", Husna membentak balik.

"....", aku masih tak mampu redakan perasaan marah bercampur geram..

"Kenapa Husna tanya camtu?", aku bertanya semula solan tadi. Tapi dengan nada lebih perlahan.

"Sebab awak kata, kalau dia tak cantik pun awak tetap cintakan dia, kan?", jawab Husna lemah.

Tanpa sempat aku nak jawab, Husna menyambung kata-katanya. "Husna minta maaf, Husna tanya sebab kecewa.. Husna fikir awak boleh terima Husna sebab wajah seiras ngan Angah. Tapi rupa-rupanya Angah lebih istimewa berbanding wajah dia...", terang Husna. Lalu dia terus berlari meninggalkan aku, tanpa menunggu jawapan kepada soalannya tadi. Kemudian adiknya juga berlalu ke arah Husna.

............

Malam itu, malam terakhir sebelum aku balik semula ke JB. Ketika asyik menyelak 'home' facebook, tiba-tiba aku terlihat akan sebuah gambar, ada 2 orang wanita. Salah seorangnya berkerusi roda. Sekali terpandang aku nampak cam biasa je. Tapi hati aku tiba-tiba berdegup kencang. Aku amati semula gambar tadi, seakan-akan mengenali salah seorang wanita itu. Pada gambar yang tak berapa jelas itu, kelihatan ada kesan parut pada wajahnya.

Tapi yang lebih mengejutkan, orang yang ditag pada gambar itu adalah orang yang selalu comment, beri kata-kata semangat pada aku di facebook. Aku kembali ingat, dia kata dia lumpuh kedua-dua kakinya. Aku buka profilnya, dan aku lihat lokasinya adalah Dublin!! Lebih mengejutkan bila kau terbaca salah satu statusnya;

Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia..

Ungkapan itu sama dengan antara bait-bait surat yang pernah aku hantar pada emel arwah Izzah selepas kematiannya! Mustahil ada orang lain yang membacanya.  Aku jadi makin teruja. Aku kembali amati gambar tadi betul-betul, dan aku tersentak lagi bila tersedar pemakaiannya sama saja seperti Husna dan Izzah!

Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku waktu itu. Tiada siapa pada masa itu. Lalu tanpa aku sedar, air mata jantan aku menitis. Lagipun sudah lewat malam. Tanpa membuang masa, aku terus comment pada gambar itu. "Maaf, adakah nama awak Izzah?".

Namun agak sekian lama aku tunggu, tiada yang membalas. Sudah hampir jam 4 pagi, tapi aku masih tetap tunggu. Lalu aku terfikir untuk solat sunat hajat pada masa itu jugak. Aku panjatkan doa benar-benar pada Allah - jika itu Izzah dan jika dia masih hidup, berilah aku petunjuk dan pertemuan dengannya. Jika bukan, berikanlah padaku kesabaran dan kekuatan untuk terima semua ini.

Selesai saja solat, aku kembali kepada laptop dan melihat gambar itu semula. Tapi sayang sekali, gambar tersebut sudah tiada! Nampaknya telah dibuangkan.. Ya Allah, adakah ini petunjukmu? Adakah itu bukan Izzah?

Tiba-tiba aku teringatkan Husna, terus saja aku telefon dia.

"Hello, Husna? Betul ke...", dengan terburu-buru aku terus tanya bila Husna menjawab panggilan. Tapi cepat-cepat dia potong percakapan aku.

"Eh, nape ni pepagi buta call Husna?", kata Husna. Terus saja lidah aku kelu. Tak tahu mana nak mula balik.

"Ehm.. Izzah belum mati bukan?", akhirnya aku tanya soalan tu selepas agak lama membisu.

"Hah!!", respon spontan Husna. Nampaknya dia terkejut dengan apa yang aku tanya. Tapi dia tak terus menjawab, sebaliknya hanya berdiam diri.

"Izzah belum mati kan?", aku tanya lagi.

"Ape awak merepek ni?", cepat-cepat Husna menyoal aku balik.

"Aku jumpa gambar dia. Dia berkerusi roda. Ada kesan kemalangan pada muka dia. Tapi aku yakin itu dia!", jawab aku tegas.

"Baik kau terus terang je..", gertak aku. Tapi tak lama, Husna mematikan panggilan tanpa sepatah jawapan pun.

Kenapa dia tak jawab langsung? Nampaknya memang ade sesuatu yang Husna sembunyikan dari aku. Keesokan pagi bila fajar mula kelihatan, aku terus saja bergegas ke rumah pakcik Hashim. Walaupun wajah aku lesu kerana semalaman tak mampu tido, namun hati aku terasa begitu segar, berbunga-bunga.. Bagai mendesak-desak untuk menzahirkan rasa bahagia.

Kelihatannya kedatangan aku memang dijangka mereka sekeluarga. Pakcik Hashim mempelawa aku masuk. Diajaknya bersarapan, seolah-olah tahu aku masih belum makan lagi. Tapi aku menolak dengan baik. Terus saja aku membuka persoalan yang tersimpan sejak awal pagi tadi, tapi persoalan itu bagaikan telah tersimpan begitu lama! Dan aku tak sabar lagi untuk mendengar jawapan dari mulut pakcik Hashim.

Namun seperti diduga, pakcik tak terus menjawab.. Dia bingkas bangun lalu masuk ke dalam. Ingin mengambil sesuatu, sangka aku. Sebentar kemudian pakcik keluar, dengan membawa beberapa keping surat!

"Ini.. Baca ni, bacalah semua...", kata pakcik sambil menghulurkan surat-surat tu pada aku. Aku ambil saja semuanya tanpa menyoal.

"a.izzah89@gmail.com??", itulah yang tertera sebagai alamat pengirim surat-surat tersebut!

Rupanya itu adalah surat-surat yang pernah diemel oleh Izzah kepada keluarganya. Sengaja pakcik print semuanya untuk aku baca. Satu persatu aku belek, aku baca sepenuh hati. Ah! Benar telahan aku selama ni.. Izzah masih hidup! Melihat saja aku selesai membaca surat-surat itu, pakcik Hashim terus membuka cerita.

"Maafkan kami sekeluarga, nak. Kerana rahsiakan semua ini. Tapi itulah permintaan Izzah..", pakcik memulakan cerita.

"Memang benar Izzah terlibat dalam kemalangan jalan raya kat Ireland dulu. Tapi dia tak mati, dia selamat.. Cuma, kedua-dua kaki Izzah lumpuh, dan wajah Izzah pun cedera jugak akibat kemalangan tu. Sekarang hanya parut yang bebekas di sisi wajahnya. Izzah dah tak macam dulu, dah tak secantik dulu. Dia rasa tak layak sangat untuk terus ditunggu kau."

"Jadi dia tekad, dia buat keputusan suruh kami sekeluarga bagitahu kau yang dia telah meninggal dunia. Itu lebih baik bagi Izzah, kerana dia tak mahu menjadi beban kepada kau. Dia harap kau dapat cari pengganti yang lain, sementara dia terus menetap kat kat untuk menjalani rawatan. Lagipun teknologi perubatan di sana lebih baik dan Izzah sendiri pun memerlukan sokongan moral dari sahabatnya di sana, kerana dia sendiri pun bakal menjadi seorang doktor. Alhamduillah, semuanya berubah menjadi lebih baik. Izzah pun semakin pulih dan selalu berhubungan dengan keluarga melalui emel."

"Tapi lepas sekian lama, kau masih tak berubah untuk menunggu dia. Jadi, Izzah meminta kakaknya Husna untuk cuba memenangi hati kau dan menjadi penggantinya. Tapi rupanya kau tetap menolak. Kau masih anggap Izzah akan kembali."

"Adakah sampai saat ini kau masih cintakan Izzah?", tanya pakcik Hashim mengakhiri penjelasannya.

Aku masih buntu sejak tadi, bila mendengar penjelasan tu. Tak tahu cane nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Sedih, marah, gembira, bersyukur, semua bercampur. Doa aku selama ni akhirnya Allah makbulkan. Izzah belum mati.. Izzah masih hidup!!

"Izzah kat mana skarang pakcik?", tanya aku tanpa mempedulikan pertanyaan pakcik Hashim tadi. Pakcik Hashim menarik nafasnya panjang-panjang.

Lalu, "Angah! Keluar nak...", panggil pakcik Hashim.

Ya Allah! Aku terkejut mendengar panggilan itu. Angah itu Izzah! Hati aku jadi tak keruan. Aku tak tahu nak cakap ape, nak buat ape.. Sebentar kemudian, kelihatan suatu susuk tubuh manusia keluar dari tirai biliknya, dengan berkerusi roda yang disorong oleh Husna. Ya Allah.. Ayatul Izzah!

Rupanya Izzah baru saja pulang ke tanah air setelah proses pemulihannya selesai di sana. Dia akan terus berehat dan dirawat di sini hingga benar-benar pulih.

Aku tatap wajah Izzah dalam-dalam. Dia masih tertunduk. Lama-kelamaan baru berani mengangkat wajahnya, perlahan-lahan.. Pada wajahnya telah tertumpah air mata. Pada wajahnya juga terlihat akan parut kesan kemalangan. Namun tidaklah seteruk mana bagi aku. Akhirnya terbit juga senyuman diwajahnya. Itulah senyuman yang pernah aku lihat ketika pertama kali bersua dengan Izzah di dalam bas dulu. Tetap sama! Aku hanya mampu tersenyum kembali. Aku bersyukur padaMu, Ya Allah!!

Akhirnya, aku dan Izzah bersatu jua! Kami diijab-kabulkan pada 4 Januari 2014, sebulan selepas pertemuan itu. Pada hari bersejarah itu, masih terngiang-ngiang kata-kata pakcik Hashim (opss, skarang dah jadi ayah);

"Mula-mula dulu, kau yang nak uji Izzah. Kemudian, Izzah pula yang uji kau.. Hahaha".

Kata-kata itu aku sambut dengan gelak ketawa. Tapi Izzah yang berada di sisi aku tak memahami maksud ayahnya. Lagi la membuatkan aku dan ayahnya ketawa besar.

"Kalau kau nak tahu, laki kau sekarang ni dah tak bawak bas dah.. Dia bawak kertas-kertas lukisan lak skarang..", kata ayah yang masih mahu berlapik-lapik. Izzah masih kelihatan bingung. Rupanya mati-mati dia sangka aku masih seorang driver bas. Pandai betul ayahnya simpan rahsia.. Haha. Kesian plak tengok dia blur-blur, jadi aku pun explain la..;

"Dulu awak bertunang dengan seorang driver bas. Tapi hari ni awak berkahwin dengan seorang arkitek..", terang aku dengan senyuman.

"Kalau awak tak faham gak, nanti malam ni saya citer okeh? Cuma satu saya nak bagitahu awak, terima kasih kerana menerima saya seadanya...", kataku.

.... Inilah jalan cerita hidup aku. Alhamdulillah sekarang kami hidup bahagia sebagai suami isteri.. Saling melengkapi :) End of story.


232010.27.5_m
p/s; this is a story of no one. and it happens nowhere. thanks for reading ('',)

Saturday, May 21, 2011

Masak Baju!

bismillahirrahmanirrahim...

alhmdulillah, hari demi hari terasa ada je pekara baru yg aku blajar...hehe bestnya..kak airen banyak ajar aku, sejak hari 1st aku ngn dia , xterasa pun terasing atau xselesa ngn dia. *syukur*. kak airen tu org iban, sarawak. mmg baik orangnya, masyaAllah. merendah diri, suka bagi tunjuk ajar, xjemu layan kerenah aku yg bnyk tanya ni..haha dia sweet sbb slu je kelam kabut, ceh sama mcm aku je. hehe :P

ari 1st aku belajar cm mane cara nk tagging n pcking, buat keje dgn cepat. sbb mmg rushing cz aku ngn dia je pekerja kt ctu. +.+ mmg dasat ah, xtebayang dia wt keje sorg2 b4 ni..huu aku teperasan iklan vacancy tu msa 1st tyme g kedai dia ngn ina.

ari kedua, akak tu begurau, "ni oven utk masak baju.." haha sengal je..tp mmg btul pun. hehe atau name lainnya adalah "dryer". :P tempat utk mengeringkan baju2 sume.  lepas da siap bakar kering baju sume..terasa panass mcm roti! cehh, aku asek teringat je kilang roti kt tngganu tempat aku tlg mak saba pak man dlu. hehe lebey kurang je..tp yg bezanya, roti dpt mkn terus, tp baju ni kne lipat terus panas2..haha kejar masa gile la, ade 1 hotel ni (pelanggan tetap) mmg hari2 dia antar baju beplastik2, n bebakul2. paling kurang 2 bakul la. dalam tu ade puluhan beg plastik wrne putih. yg mengandungi pelbagai jenis pakaian dan owner yg lain2.

jenuh gak la nk mentagging, asing, listkan bilangan kuantiti setiap owner tu,  jenis baju n mcm2 lagi la..setiap beg baju yg dtg pun kne timbang tau, jgn lupee. tu yg penting. resit jgn hilangkan!! huwargh, takut tol aku. tp alhamdulillah setakat ni resit2 sume slamat masuk file. :) yg memeningkan kepala kami 2 org ni adelah stokin/ baju hilang termissing! huwaaa T_T mmg serabot gile. tau x, smlm je..abes 1/2 jam ke sejam jugak la nk mencari 1 stokin ni. ish2..seksaanya. bapak rushing la. pihak hotel tu antar bju2 sume pg dlm kul 8 atau 9 then, ktaorg kena submit balik petang nya. dpt bayangkan x mcm mane nk setel kan sume tu? mesin basuh hanya ade 3 je. dryer pun 3.. n seterika ade 1 je..huwaa T__T

stokin xjmpe lg..dan kak airen xabes2 ckp " stokin ni kdg2 'pandai' msuk dalam coverall....cuba check kat coverall2 lain..'

at last alhamdulillah, jmpe gak..em, mmg btul pun stokin tu 'pandai' masuk kt coverall org lain. adeh, sbo je la..~~ mgkin masa proses pengasingan baju ikut warna tagging, sebelah stokin tu t'selit sama dgn baju lain.

aku nk tegelak pun ade, ehehe sbb kak airen suke gune word 'pandai'. contohnya ade skali tu dia asek sendawa, pastu aku kata la "bnyak angin kot dlm bdan tu.." then dia kata
" mungkin lah, kipas kt rumah tu kdang2 pndai...." then, aku tersenyum dan pham dah mksudnya, kipas tu yg bnyk bg angin kt bdan dia...hahaha lucu btul. (ceh, ke aku yg slh paham)

wt keje pg smpai tengahari smbil dgr radio sarawak..dgr lagu2 sume dlm bhasa iban..adeh..xphm aku. tmbh2 nk Hari Gawai dah ni, lg sminggu lebih. rdio asek ulang lagu2 nk menyambut hari gawai kt sarawak ni.huhuhu layan je la..pastu tngahari smpai petang tgk tv. slu akak tu bukak cite philipine, tp 2, 3 hri ni series xsempat nk layan pun cite tu. mmg rushing, bukak radio je. td pun bukak tv3 jap tgk wanita hari ni cite psl santau angin. nauzubillahimin zalik...sadis tol..~~ sedih :( manusia ni mcm2 kan...kesian dkt org yg dibuat org dgn santau tu. innalillah...

td aku 1st time tarik pintu kedai tutup kedai, slu kak airen yg wat. huwargh beratnya! haish, haha pintu dpn belakang kedai. hehe best ari ni....:) alhamdulillah~ <3

Wednesday, May 18, 2011

'Mama' Makan Roti!

bismillahirrahmanirrahim..

hehe sweetnya dia. herm, on da way nk masuk bilik msa jalan aku tepandang kucen2 yg ade kt blok, trus aku teringat yg aku lupe nak beli mknan kucen..huuuwu..sedihnya. sadis tol. bnyk kali da asek tlupa je nk beli. tp pas aku tesalah jalan msa nk balik td, sempat gak la aku singgah kedai kek n roti ni, igt kedai cina tp alhamdulillah, melayu rupenye..huhu lega skit. cdang nak tapau nasi belauk tp duit xckup plak, tggal RM2 je tmbah sen2 sket. jd beli roti je lah..inti butter milk! hehe <3 :P mesti sdap!

then, on da way nk msuk bilik..mama da tecegat dpn pintu bilik aku..tggu aku balik, pas da bukak pintu, dia dlu 1st msuk.haha sengal..tp hermm sdih. sbb aku xde mkanan nk bg dia pun.huu, msa tu prut aku tgh lapar gile..(mesti mama pun sama) lunch td pun minum milo je..alhamdulillah gak la drpd xjmah ape2.. mm tp mama mesti lagi lapar kan..da la dia bunting! huu~ sedihnya..sian dia (~_~)

aku trus bukak plastik roti, pastu aku teringat ade sorg kwn aku ni gtau, salu nya sblum Rasulullah saw makan, mesti dia bg makanan dia sket kt kucen dlu b4 dia makan. mama daa pndang aku ngn muka lapar. aku pun bg la, aku xsngka dia mkan..cz ade kucen b4 ni, mmg demand. dia nk mkn biskut jee. (friskies tu) tgk mama makan , aku legaa gile..alhamdulillah....makan jugak..dia xmkan inti nya, (1st je makan, 2nd aku bg dia xmo dah) dia nk kulit ngn putih (tepung) tu je..huuhu sayang mama!

kitaorg mkn la besame2 roti tu..hehhehe..ade balance lagi ni. nak x? haha :P jgn jeles..

***

suke mama sbb dia xbnyk bunyi, dia sweet, dia memahami. haha alhamdulillah....;)

Monday, May 16, 2011

Tuan Punye Rumah

bismillahirrahmanirrahim..

semalam, balik umah tu, msa tu tuan nye rumah dtg baiki bilik air yg bcor, then, dia bwak kuar brg2 lame tu pindah kt rumah sebelah...(which is rumah dia jugak, tp xde penyewa lagi) 
huhu, masa nak naik tingkat atas tu, terserempak dgn bini n anak dia ruang tamu bawah, dah salam2 naik atas..g toilet sume. pastu tibe2, aku nampak sorg budak pempuan ni (kt tingkat atas) , "eh..mcm kenal.." ermm, serius, aku mmg kenal n penah jmpe bdak pempuan ni...teringat something.

***

"adik ni..pakai tudung nampak lagi comel la..."

adik 'nur' tu hanya tersenyum bila aku cakap cmtu , masa tu nak tangkap gambar sekali ngn dia..mak, dia, n ayah dia..aku ikut sorg sis ni g raye masa thun lepas, pastu ade lagi lagi 2 org kawan laki ikut gak..then, sebelum nk tgkp gmbr tu dia xpkai tdung pun, ye la duk umah je pun...huhu umur pun msa tu darjah 4..thun ni 2011 darjah 5 la dia, sama ngn adik bongsu aku tu. huu~ jenjalan g raye umah org sakan ngn sis ni..huhu femly angkat ramai, mmg seronok la. msa tu kami 4 org je, naik motor masing2 raye sekitar kg asy-syakirin, bintulu ni.

mmg cute dia pakai tdung, kt rumah tu..aku tgk dia tgh angkat barang2 ikut tlong ayah dia. terus aku teringat budak pempuan yg aku raye kt umah dia. mmg betul! dia la org nye, cehh, xsngka umah aku tdo ni umah femly ayah dia je. aku terus turun tingkat bawah jmpe mak 'nur'.

bile tnye name, trus aku teringat. name mak 'nur' tu mmg unik jd xsalah la org nye. name makcik tu 'madina' . sedap kan? hehe xpnah jmpe name org cmtu lg selain dia. yang aku xsangka nye, ade hikmah Nya, aku g raye ngn sis tu msa thun lpas, sbb makcik tu pun keje kt tumbina..emm tempat aku nk keje dlu..ceh, dekatnya kita. pusing2 je. bile aku xjd keje kt tumbina tu sbb dpt keje dlm upm je, xsangka jdoh jmpe kt dlm rumah tu plak..

erm, rupenye rumah tu umah adik suami dia, skrg dia da pindah g KL da..huhu...sume brg2 dia tinggal je kt umah tu..perabot cntik2..tp xpe lah, mgkin ade org lain blh manfaatkannya.

ok lah, malam td pas amek k.eshah dr stesen bus trus balik upm.tdo sna. hehe xsngka semalam besday lia! huah..(pas check kalendar islam kt blog aku ni) hahaha sengal je..ari tu, check kt surat khabar kt 1 tempat ni, xde plak tarikh islam nya. hehehe ape2pun, da 21 tahun dah ko ye lia..haha..orait, td pun da antar amal ngn femly dia kat airport.huhu..hrp selamat smpai umah la dowg tu. tgk kelam kabut n riuh cmtu...teringat kt umah..huwaaa...sob2..sdih tol.

lia slu ckp kt aku, "dayah..aku nak balik...rindu.."

huu..aku pun! sbar la ye, pas abes keje n selesai g limbang nnt, kite balik la..huhu insyaAllah..

semoga Allah mudahkan segala urusan kami di bumi kenyalang ni..hehe ameen!

Sunday, May 15, 2011

Terancam

bismillahirrahmanirrahim..

malam td, betul2 aku rsa xselamat...ya Allah, takutnya..mlm td adalah hari ke-3 aku bemalam kt umah pink putih tu...huhu aku ngn kwan aku sorg je. jd kitaorg bemalam 2 org je la kt umah besar tu..

terkejut!

tibe2 aku terjaga dari mimpi sbb aku terdengar gelas pecah. aku terkejut. then aku terfikir, ermm dalam mimpi aku td, xde pun part gelas pecah. aku fikir lagi, utk make sure kan...betul ke bunyi td real? atau ade dlm mimpi aku.

aku tgk jam..pukul 3.00 pg. ermm....sah! bunyi tu xde pun dlm mimpi aku n aku pasti mmg xde pun peristiwa aku terjatuhkan gelas ke atau ape2 yg berkaitan dgnnnya. yg pasti mimpi aku mmg jauh dari belaku pekara yg menyebabkan bunyi pecah tu...

aku da rsa seramm.......ade org ke kat bawah??

masa tu aku ngn lia tgh tdo kt tingkat atas bahagian ruang tamu. ya Allah, aku takut kalo ade perompak masuk umah dan dia naik kat tingkat atas...which is betul2 depan aku skrg....nak xnk, aku trus kjut lia bangun masuk tdo kt bilik kak eshah. huu

seram+risau+takut sume ade. perasaan terkejut msih ade..aku terus tdo atas simen yg sjuk tu ngn lia. huhu.....xlama pastu, rsa sengal gila, sakit dah badan2 ni, then bangun tdo atas selimut, gerak lia skali...pastu xlame dr tu, tibe2 terdengar bunyi gelas pecah lagi! skrg aku dengar betul2 kt luar bilik kak eshah. ya Allah, terkejut lagi. aku terus tarik selimut tutup muka. then, lagi skali aku dengar bunyi pecah! mmg menggigil la.

pelik. ape yg kaca kt luar bilik ni? setahu aku xde gelas atau pinggan kaca. mmg xde. cawan plastik ade lah.

siang nye, lia check sume, dia ckp xde pun jmpe ape2 kaca. aku msih termenung lagi kt bilik. memikirkan mlm td. pastu aku kemas2 selimut bantal. then, masa nk gerak keluar dari bilik tu, "eh.......jap." aku tgk lia merenung sesuatu.

ya Allah, cermin bilik tu jatuh. n pecah. tp pelik sbb dia jatuh dlm keadaan menegak dan terbalik. padahal cermin tu xde sape yg alihkan pun. aku teringat, masa aku ajak lia masuk bilik tdo, aku xperasan cermin tu ada. masa aku dgr bunyi pecah, aku xperasan cermin kt bilik tu ada. aku xnmpk ape2 bias bayangan pun. sbb kalo nk ikutkan cermin tu betul2 menghadap aku masa tu. tp nmpk sgt cermin tu da jatuh awal b4 aku masuk bilik tu, dan yg musykil nya, bunyi pecah ape lgi aku dengar smlm?

btul2 kuat bunyi nya. 1st lia ckap bunyi nya depan tandas tingkat atas, tp aku dengar kt tingkat bwah. yg ke 2 n ke 3, aku je dgr, lia xdgar pulak. huh...mainan apakah ini?

rumah tu besar ade 5 bilik. ade brg2 lame. 2 tingkat. dan malam tu hanya kami 2 org je yg tinggal. sis2 lain sume ade program luar. hermm...

rugi aku xbalik upm mlm tu.....padahal hati mmg nk balik. cuma nk tdo kejap je mlm tu. tdo2 bangun da kul 2 hampir kul 3 pagi. adeh...

risau psl perompak msuk rumah, tp rupe nye kna main.............

selamat lagi rsanya duk kt upm.....sbb ade mak n pak guard ronda2 kolej...drpd duk luar upm, ermm  klo ramai kt rumah tu ok je rsanya mcm 2 malam lepas....huu cpat la balik sis2 ku, hrp2 rmai lagi la akhwat bemalam kt umah tu..insyaAllah. ameen..

Waterfront, Kuching

bismillahirrahmanirrahim..

aku rindu nk g ctu. aku rindu nak g satu kedai yg berada betul2 menghadap sungai...huhu, ade 1 kedai tu, unik. sbb kedai tu je yg mengalunkan ayat2 suci alquran sepanjang masa operasinya.  kedai tu biasa tp yg special nye, dia xsegan nak bukak ayat2 suci alquran, xmcm kedai2 lain,,bukak lagu2 lagha. muzik. semata2. yg mendengarnya terleka, terlalai, terlayann..huhu rindu nk g kuching sbb nk g kedai tu. dan nk g 1 mall ni nk cri 1 barang. huhu

kalo ade rezeki leh la g ye..hermm..insyaAllah..

Thursday, May 12, 2011

Budu oh budu...

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, syukur..hehe,, ari ni kuar ngan alwis, g 1 kedai makan ni,, kedai ni best..sbb ade lauk2 kampung gitu, ade ulam2, ade smbal belacan, ade BUDU..hehehe..

kt kedai tu ade berderet2 botol budu yang lum digunakan lg, huh, masa beli budu kt bandar PCM (park city mall) aritu, budu tinggal 1 je lagi, herm nsb baik sempat beli..

banyak gile kot dia letak dlm 1 mangkuk tu budu..huhu, salu org makan budu ni, jimat je, letak sket2, tp bile time aku, aku letak dia mcm dia kuah kari..hahaha

sengal je. padahal da la masin kot! mmg masin sgt, haha..(woi jgn ltk banyak laa!) hahaha, pedas2! sbb dia ltak cili padi skali dlm tu..huhu budu ni sedap kalo makan ngn ulam2.. sape yg xpenah makan tu try la ye...( sy suke makan sbb sy ske masin =P )

tp ltak sket je la dlu, msa 1st time makan pun kwan bajet gile ltak, ltak sket2, mule ckp xrase pape, pastu dia ltak lagi, pastu bile rsa.."wah..sdap ah" pastu dia xcaye..dia ltak lagi. hahaha...(dia orang kelantan xpecaye sy ska makan budu msa 1st time rsa) ceitt, sengal je..

huhu, sejak tu sy sukee makan..haha...lg pun budu ni ade kebaikan dia tau..(bru tau)
klo nak tau ape kebaikan dia, hah, cari la kt tenet tu..search2...(kalo nk tau la...) huhu :)

ermm tp cencaluk....1st time makan pun msa g umah femly angkat kawan,, huhu, xsngka dpt rasa, tp blh tahan gak la sedap nye,, padahal sblum tu, tgk kt btol dia, xlalu langsung nk makan.,penah tbayang gak rsa dia cmne, huhu jauh2...jauh lebih sedap ye..hahaha

ari ni best, alhamdulillah..sbb ade org belanja eskrem, huhu...pastu bile nak bayar makanan tengahari td, pas mkan sume, makcik tu kata...xpayah bayar, sbb da ade org bayar kan..huwaa...makan pun dia belanja jugak?! ish3...baiknye..smga murah rezeki ye...hehe lecturer belanje..skali skale..:) happy2*nyee..

Tuesday, May 3, 2011

Telur Tiruan

bismillahirrahmanirrahim

Telur Tiruan – Awas Jangan Salah Pilih Telur…

Semalam aku ada terbaca tengtang berita mengenai telur tiruan yang dibongkarkan oleh SM Mohamed Idris,  Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Telur yang dihasilkan di Cina itu katanya diperbuat dari gabungan beberapa bahan, kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan, dan pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur bagi memastikan adakan telur itu selamat atau tidak untuk dimakan.
Dan hari ini utusan Malaysia telah meyiarkan satu lagi berita menganai operrasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah tersebut
PULAU PINANG 7 April – Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri merampas 270 biji telur, disyaki tiruan dari tiga gerai di pasar Pulau Tikus, di sini hari ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Gunaselan berkata, pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 10.45 pagi oleh tujuh anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Md. Nasir Mohamd dan mengesan telur ayam yang didakwa tiruan dan dijual dengan harga antara 35 sen hingga 38 sen sebiji.
”Sebanyak 270 biji telur ayam disita dari tiga gerai yang diperiksa, manakala 90 biji diambil untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini
Turut serta dalam pemeriksaan itu ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Timur Laut, Wong Kee Poh bersama beberapa pegawainya.
Menurut Gunaselan, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabitkan kesalahan, denda maksimum yang boleh dikenakan RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi perbadanan, denda tidak melebihi RM250,000.
Berita Penuh : Utusan online
Namun aku harap kajian keatas telur ni dapat disegerakan, kerana pada aku telur merupakan satu jenis makanan yang paling banyak diguanakan oleh rakyat Malaysia, terutam yang berpendapatan rendah, yang pasti tentukan tahap keselamatan dan juga status halal atau haram nya, dan buat masa sekarang ni pihak berkuasa harus membuat pemantauwan secara besar besaran bagi menghalang produk ni di pasarkan
Cara mengenal telur tiruan:
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
    Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
    S. M. MOHAMED IDRIS
    Presiden CAP


Friday, April 29, 2011

Renungan...Seminit Saja (",)

bismillahirrahmanirrahim

SEMINIT SAJA..

Betapa besarnya nilai wang kertas RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan;
tetapi...
betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun...
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan),
namun...
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya,
namun..
betapa resahnya ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an, tapi..
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun..
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata,
namun..
alangkah sukarnya untuk menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu;
namun..
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa rumitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun..
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar; namun..
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya;
namun..
betapa leka kita untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan butang FORWARD ;
namun..
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, serta terus klik pada icon
DELETE ....

Fikir dan renungkan...

Sunday, April 24, 2011

Siapakah?

bismillahirrahmanirrahim..

Siapakah orang yang sibuk? 

 Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa membaca pos ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

 -sama-sama muhasabah dan sebar-sebarkan kepada sahabat yang lain..

Thursday, April 21, 2011

5 Perkara

bismillahirrahmanirrahim..


5 perkara ke syurga
  1. Menahan diri dari menyakiti orang lain.
  2. Mengatakan kebaikan.
  3. Memasukkan kegembiraan ke hati orang Muslim.
  4. Memulakan ucapan dengan salam dan muka berseri seri.
  5. Berjabat tangan.                                                                                                                                                                                                                             mari sama2 menuju ke syurga....insyaAllah, fastabiqul khairat!!

Wednesday, March 23, 2011

Yeay!

bismillahirrahmanirrahim..

huh,legaa sgt da abes wat keje en.zamri td! alhamdulillah :D n da setel pun presentnye jgak..adey, sakai tol present td.cz xprepare scukupnya! group aku sume sbuk ngn hal len, igtkan present minggu lepas! sume smangat gilew! pastu tetibe tangguh sminggu, then kena kejar dgn hal2 yg len, ngn 2 paper test 2, wat amali la, ngn hal trip la. ngn mcm2 hal la. latest keje take home test en zamri tuh.adeh, killer question kot! susah! (bagi aku) markah pun banyak dia letak ctu. sbo je la...-.- mmg kne bnyk bce la, tarikh antar sma day dgn ari present.huu mmg serabut! tp syukur, hal pengurusan hutan sume da setel. tinggal bhagian subjek laen plak. rekreasi. huu, projek semester! rumit gak nak wat nye. ==' sbo je la. ngn repliaa nyer.hu2, nseb baik wt dlm group, klo sorg, tekontang kanting gak la.

hermm sdey, lia xbalik lagi...........=[ cpt la balik..miss u! sian dia tetinggal flight, gile la. abes gak la RM 200 tuk balik Bintulu je. (tu je yg paling murah dlm msa terdkat ni) tepaksa la. klo nak balik esoknye, mau abes RM500 gak la tambang AIR ASIA tu. :( dia plan balik knduri kwen kakak dia dlm 3 hr je, tup2 seminggu gak la kt smenanjung tu..tp naya gak la. balik2 je berderet2 test 2 menanti. parai2! hu skrg dia duk kt n9. ades, dkt gile dgn skola lame aku, sebelah poli dkt telok kemang, port dickson dlu..rindunyaa..umah abg dia dkt taman area poli tu je..mmg best gla la da la dkt dgn laut PD. best2...teringat mse skola ctu dlu,dorm aku aras 3, so, bile otw nk g tandas, mesti nampak laut yg tgh bersinar2 n berkilauan pd wktu petang...kapal2 yg tgh belayarnye..mmg sgt cantik! subhanallah...... plg best bile dpt mandi laut ngn sume dak pempuan kt asrama msa 1 ari jumaat tu..he2 sronok sgt. (",)

okay, ari tu bru je amek jadual final, exam aku abes 3 May 2011 paper last adelah pengurusan pengguna rekreasi. yeahh..lambatnya. ==' msa lepas2 exam, 2 ke 3 sem tarikh exam final berturut2! ari2 ade exam! arghh, gilew benor. kalut benar nmpknya. tu pun sbb kem hutan kut, n praktikal lepas final. then, kitaorg psni xde praktikal da. :( jd nye, exam pun ade senggang2.da xkalut2 da mcm sem2 lepas. huhu, skrg, junior kitaorg plak yg merasanye. isk2, sian dorg, ari2 ade paper :( sbo je la. tp dorg mne ade praktikal pas finale ni, so nape nk exam ari2 gak smpai abes sume subjek?xde gap langsung! uh, mengapakah? da xjd praktikal tu rombak je la balik jadual. tensen betul aku nengok nye. tp xpe lah, mungkin dorg ok kut. hopefully, we can do da best forester! ameen..insyaAllah :)

Tuesday, March 15, 2011

Yakin Pada Allah

bismillahirrahmanirrahim..

sabda Nabi Muhammad s.a.w : " Berdoalah kamu kpd Allah dlm keadaan kamu yakin dgn kemustajabannnya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai"

(Riwayat al-Tarmizi)

Tuesday, March 8, 2011

Aku Bukan Muslimah Yang Baik...

سم الله الرحمن الرحيم


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk membaca dan mentabburi al-qur'an
aku sibuk mendengarkan lagu picisan yang tak membuatku makin dekat dengan-Nya


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk menambah hafalan ayat-ayat cinta Allah
aku malah asik menghafal lagu-lagu yang melalaikanku dari-Nya


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain makin memanjangkan jilbabnya
aku malah merasa risih dengan jilbab yang terlalu panjang


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk menuntut ilmu-Nya
aku malah sibuk dengan urusan dunia yang membuat jarak dengan-Nya


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan fotonya
aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar bisa dilihat semua orang


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya
aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya
aku malah terbiasa duduk berdekatan dengan pria


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat
aku senang membicarakan aib dan kejelekan orang lain


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik
aku terlalu sering menyakiti hati orang lain dengan lisan ku


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantik hati dan akhlaknya
aku lebih asik memperhatikan fisik diri ku saja


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain senang berpuasa sunnah
aku lebih memilih selalu mengenyangkan perut ku


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya
aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya
aku lebih memilih santai dan menonton tv di rumah


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat ridho dan cinta-Nya
aku malah sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya saja


aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun
aku malah semakin lalai dengan dunia


aku memang bukan muslimah yang baik
namun, aku berharap bisa menjadi seperti muslimah lain yang istiqomah berjuang untuk mendapatkan cinta-NyaYa Rabb ampuni muslimah yang tidak baik ini.


semoga Engkau senantiasa membimbing muslimah yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik di hadapan-Mu... amin yaa Mujiibassaailiin...

Wednesday, March 2, 2011

Selagi Ada Masa..

bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: 

“Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.” 



Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Thursday, February 24, 2011

Hatimu..dan hatiku..

bismillahirrahmanirrahim

Di hatimu::..

Sesungguhnya di dalam hatimu ada 1 koyakan yg tidak boleh dijahit melainkn bertemu Allah..

Di hatimu juga ada 1 kesunyian yg tidak dapat diubati melainkn b'sendirian b'sama Allah..

Di hatimu pun ada kesedihan yg tidak mampu dihapuskn kecuali dgn mengenali Allah..

Di hatimu ada kegelisahan yg tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah..

Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yg hanya dapat dipadamkan dgn redha kepada Allah..

-ibnu Qayyim-

Tuesday, February 8, 2011

(+) Thinking...Bersyukurlah..

bismillahirrahmanirrahim..

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

AND FINALL Y …….. for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you.

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”

Tuesday, February 1, 2011

Krisis di Mesir :'(

 bismillahirrahmanirrahim...
 

MONDAY, JANUARY 31, 2011

Krisis Mesir: Pelajar Malaysia Dirogol..? Apa Tindakan Wisma Putra..?

Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak. Aku sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka di sana. Tambahan ramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Ratusan kawan-kawan aku yang pernah belajar bersama di Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Universiti Insaniah juga ramai yang terperangkap di sana. Belum dikira sanak saudara aku lagi.

Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online di sana sebelum internet disekat sepenuhnya.
  • mereka totally lost contact memandangkan internet & mobile network dah kena block.
  • balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran.
  • ada rumah student yang kena rompak.
  • mereka kekurangan makanan.
  • ada pelajar kita dirogol di Cairo.
  • they are totally in unsafe condition.
Ada pelajar kita yang dirogol di Cairo? Astaghfirullah.. Aku harap sangat yang itu adalah berita palsu. Aku tak sanggup tahu siapa pelajar yang dimaksudkan tu. Nauzubillah...

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik-baik saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Diminta kepada pihak goverment supaya bertindak dengan cepat. Tolong bawa balik students Malaysia. Ini bukan krisis biasa. Turkey, US, India are sending planes to evacuate their citizens in Egypt. Malaysia????

Sumber: http://www.solihinzubir.com/2011/01/krisis-mesir-pelajar-malaysia-kena.html
TPU - Tak mustahil Krisis di Tunisia & Mesir akan merebak sampai ke Malaysia sekiranya KERAjaan Pusat yang ada sekarang masih meneruskan corak pemerintahan yang ada sekarang.

Dari laman FaceBook rakan-rakan di Mesir, kita dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat beberapa ketika sebelum semua bentuk talian komunikasi lumpuh sepenuhnya setelah dihentikan keseluruhan operasinya oleh Rejim Mubarak yang takut akan kebocoran maklumat dan perkembangan disana.

Terakhir sekali kita mendapat berita diatas dan juga beberapa maklumat yang amat menyakitkan hati... ada seorang ibu kepada pelajar pengajian Islam di Mesir telah menghantar email kepada TPM mohon supaya dibawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk keselamatan mereka tetapi malang sekali apabila TPM atau pihak yang berkenaan sekadar memberi respon - KERAjaan hanya membawa pulang pelajar dibawah tajaan MARA & JPA manakala yang lain-lain tidak akan dibawa pulang kerana "Tiada kepentingan"...

Beb... ni KERAjaan Negara apa ni..? Negara Islam..? KERAjaan Amerika pada masa ini tergesa-gesa menghantar pesawat khas untuk mengangkut rakyatnya pulang ke Amerika tanpa mengira siapa mereka asalkan warganegara Amerika dan KERAjaan Negara Islam Malaysia pula memilih "bulu"... rupanya tidak semua rakyat Malaysia ini penting... sejak bila wujudnya "Kasta" ni..?

Terakhir Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa Pelajar-Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat dan masih tiada keperluan untuk membawa mereka pulang. persoalannya, bagaimana Wisma Putra mengesahkan keadaan mereka..? adakah Wisma Putra telah berjaya menghubungi SETIAP PELAJAR & RAKYAT MALAYSIA di Mesir sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut..?

Dibawah ni aku pastekan beberapa maklumat dan respon yang dikutip melalui laman Facebook:
  • Rashid Abdul Rahim ibu seorang pelajar pengajian islam di al-azhar ada e-mail kt TPM.. suruh bawak balik semua student2 kt sane.. tau ape jawapan yg dia dpt?.. dia cakap kerajaan bawak balik student2 tajaan mara dan jpa sahaja.. yg kebanyakkan depa student2 medic anak2 dato'.. yg student pengajian islam katanya tiada kepentingan tuk dibawak balik.. wallah hu alam.. sumber dari kawan di mesir..
  • MamaRikishi NorwatiAriffin setau aku, pagi tadi berita bagitau, menteri dia kata tiada keperluan lagi utk bawak pulang pelajar malaysia di mesir. bukan ke menteri dia tu org umngok.dia nk tunggu mmg ada yg kena rogol baru nak bagi kenyataan " saya sangat kesal dengan apa yg berlaku" dh tu mmg ayat yg slalu digunakan
  • Adi Nordin tambah sikit topeng perak... kerajaan malaysia kata kalau pelajar malaysia nk pulang boleh tp hendaklah dibiaya sendiri tiket kapal terbang... pelik syarikat kroni nk lingkup boleh plak dorang bailout..
  • Nor Syuhada Jafry dapat cal adik d mesir td tp trputus, katanya bekalan makanan smakin brkurang, kedai pasaraya drompak, keselamatan xtrjamin, keta kebal polis n tentera da sj kat jalan2 utama, adik sy course Medic tajaan JPA namun xda prncangan pun utk bawa mreka balik, mak ayah sy risau spnjang masa..km hnya blh berdoa n solat hajat bila TPM kata kau nak balik sila biaya sndiri
  • Nor Syuhada Jafry nak p bank amik duit pun xboleh mcm mn nak beli tiket balik, then kedutaan nasihatkan pinjam duit kawan, aduhai kawan 2 pun nak guna duit la dlm keadaan darurat ni
Tu baru rintihan dan luahan dari segelintir mereka yang keluarga mereka terperangkap dalam Krisis di Mesir... jangan sampai mereka-mereka ini pula yang menjadi pemangkir kepada kebangkitan Rakyat Malaysia yang menentang Pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan anak beranak sahaja... kalau Tunisia boleh berubah, Mesir hampir berubah, jangan ingat Malaysia tak kan berubah...

Beb... Berapa sangat la kos untuk bawa balik Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang dah Fat Lady Of Malaysia habiskan untuk joli..? berapa banyak sangatlah kos untuk selamtkan Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang KERAjaan dah habiskan untuk selamatkan Syarikat Kroni yang dah nak mampos..?

Nak tunggu Rakyat Malaysia memenuhi jalanan dulu baru nak bertindak..? jangan sampai orang kata "Dah Terlambat..!"

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Surah Al- Baqarah : Ayat 214

masya Allah, skrg Egypt pula diuji oleh Allah s.w.t 

subhanallah, sungguh..mmg bukan mudah utk mendapatkan tiket syurga.. bukan semudah disangka. setiap org2 yg beriman pasti mendapat cubaan dr Allah...agar tahu pd thap mana keimanan kita kepada Nya,, adakah msa bersenang lenang atau ketika susah?

terasa jauh lagi perjalanan dan ujian yang akan mendatang ni, xtahu mampu atau tidak aku mempertahankan keimanan, dan teguh dalam hati ini sbgai hamba Nya yg taat. risau, skrg, yg thp zon selesa ni pun aku mudah rapuh, khuatir pada msa tibanya ujian dr Nya tnpa aku sedar....aku xmampu,,nauzubillah..

 

Friday, January 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Ucu!

erm...sedih jugak xdapat balik limbang...tgk ucu ngn uncle kawen...

tp xpe la, mgkin xde rezeki...huhu, hope sgt dorg bahagia dunia akhirat..rinduu sgt pada nini, ucu, wada', pika, boboy, tasya, syahida......my kitty....n semua keluarga nini...i really miss them...

smoga nini cpat sihat...smoga perkawinan ucu kekal hingga ke akhir hayat...

to ucu > selamat bercinta sampai ke syurga! :)

Jauh...

bismillahirrahmanirrahim..

aku sdih, sbb dia jauh...:'(

cuti sempena raya cina pun da start, ari ni xde clz tp mcm2 jgak nk kena uruskan..

huhu, ramai tol junior aku balik semenanjung, cis jeles2!! smga mereka gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang...

slide presentation LI jgn lpe ye suma.. 12 Feb 2011 ni kita present, huhu..

hppy holiday! cuti2 Malaysia... :)

jaga diri, keselamatan, kesihatan hopefully semuanya baik2 sja ameen..

Thursday, January 6, 2011

Doa Lepas Solat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.